Penilaian kemudian terhadap Brutus Marcus_Junius_Brutus

  • Dante menganggap Brutus sebagai contoh unggul untuk pengkhianatan yang amat malu, dan dalam babak Inferno karya Divina Commedia dikarangnya (Inferno, XXXIV, 64-67), beliau menggambarkan Brutus dikunyah-kunyah tetapi tidak dimakan Syaitan bersama-sama dengan Judas Iscariot (salah satu hawari yang mengkhianati Yesus) dan Cassius di aras Neraka yang paling rendah.
  • William Shakespeare membuat Mark Antony memerihalkan Brutus sebagi "seorang Rom yang paling mulia" dalam adegan terakhir Julius Caesar. Dalam penerbitan-penerbitan moden untuk drama ini, Brutus biasanya digambarkan sebagai didorongkan oleh niat yang mulia, dan perbuatannya merupakan pembunuhan penzalim, dan bukannya pembunuhan.
  • Frasa Sic semper tyrannis ("Oleh itu sentiasa untuk penzalim") dianggap dikatakan oleh Brutus pada masa pembunuhan Caesar, dan kini diterimagunakan sebagai cogan kata oleh penyokong-penyokong pembunuhan penzalim.
  • John Wilkes Booth, pembunuh Abraham Lincoln mendakwa bahawa dia diilhami oleh Brutus. Mengeluh tentang reaksi yang negatif terhadap perbuatannya, Booth menulis dalam jurnalnya pada 21 April 1865, "Dengan setiap tangan orang menentangi aku, aku di sini berputus asa. Dan mengapa; Kerana membuat perbuatan yang sama dengan apa yang Brutus dihormati... Dan lagi pun, saya yang memukul seorang penzalim yang lebih besar daripada apa yang mereka pernah mengetahui kini diperlihatkan sebagai seorang pembunuh yang biasa."